Sambutan Hari Malaysia PI PPR Kg Muhibbah
9 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 September 2019, telah diadakan sambutan Hari Malaysia bersama pelajar eKelas PI PPR Kg Muhibbah. Seramai 30 orang pelajar telah menyertai sambutan ini. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah pertandingan Fast Typing, Kuiz Klik Dengan Bijak, Tayangan video patriotic dan soal jawab bersama Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet. Sambutan ini diadakan bagi mendidik para pelajar untuk menghargai kemerdekaan dan keamanan yang telah dikecapi pada zaman ini.
Para pelajar eKelas juga diajar untuk memperingati sejarah-sejarah penting semasa kemerdekaan dan pembentukkan negara Malaysia bagi mendidik mereka untuk sayangkan negara. Dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan adalah untuk menarik minat pelajar untuk menyertainya dan memberi ganjaran hadiah kepada mereka yang telah mendapat markah yang tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: